Thursday, February 10, 2011

Hari Ke-2

Tips:
Bertindak untuk berdepan dgn perasaan malu. hargai diri anda dengan makanan kegemaran kerana berjaya mengatasi perasaan malu. Pilihla makanan yang bukan saja sedap tapi menyihatkan. Hubungi rakan atau teman istimewa dan ajaklah dia untuk senaman pada esok hari

Comment aku:
memang bab malu2 ni takdala masalah sangat pada aku. hati kering kut. malu bertempat sudah. bab lain2 takdalah malu sangat. outspoken.masalah sekarang aku terlebih hargai smp rasuah diri aku makanan sedap, lebih lemak, semua lebihla. (-.-")
macamana la nak ikut tips ni...
then, hubungi teman untuk bersenam??damn..

situasi 1
aku : teman, bila kita nak pegi gym lagi untuk exercise?
teman: hmm..(speechless)

situasi 2
aku : kita pegi berjogging esok?
teman: takpayahla. nanti lepas jog pegi kedai mamak pulak. tak guna pun..

Jadi kesimpulannya..tepuk dada tanya selera...

Wednesday, February 9, 2011

Hari Pertama...

!



Tips:
Berikan pujian kepada orang lain baik di rumah ataupun tempat keje.lakukan dengan hati yang tulus ikhlas.



Situasi aku:
6.15 am- tunggu bas dengan senyuman dan smgt berkobar2 nak pegi keje
6.20 am- bus takde lagi
6.35 am- baru bas smp sambil terhegeh. akibat kelambatannya itu, jammed truk giler sebelum keluar ke jalan besar.
6.40 am - aku dah start sumpah seranah driver bus smbil mencarut2 dalam hati dan membuat muka kerek giler.perghh. panas hati tul.smp ofis lewat pada hari pertama azam baru aku.
sepanjang hari di ofis tak membantu untuk tenangkan hati aku. lagi tensen ada.akibatnyer, makan lagi banyak.

smp rumah makan lagi.ha, amek kau!



So, kesimpulannye cuba lagi next time untuk buat tips majalah RAPU ni, eh majalah RAPI.
huhuhu.

Tuesday, February 8, 2011

Comeback...



Mmm..lama tak ber'blog. kekoknyer.how to start..
baru2 ni aku baca balik majalah RAPI yang terperuk kat laci setelah lama beli tapi tgk ala kadar je.tertarik plak ngan topik "Transformasi Tubuh Lebih Langsing, sihat & ceria". mcm tak percaya aku leh tertarik ngan topik2 sebegini (-.-").selalunye hati kering je.jenuh berdiet bagai. takde hasil pun.(aku yg cuba menyalahkan produk2 pelangsingan badan di pasaran).
kat majalah tu kata ada 4 steps boleh difollow selama 4 minggu. jom check:

Minggu 1. Tetapkan Matlamat anda- which is aku nak turun 20 kilo.boleh ker?
- Matlamat dan strategi
- Kene tahu mitos dan fakta diet
- Kesalahan besar yang sering dilakukan
Minggu 2. Rancang dan teruskan - which is amat sukar bagiku
- Terus rancang menu diet dan bersenam
Minggu 3. Ambil beberapa langkah - macamla senang jer..melangkah ke hadapan!
- Ambil langkah bijak supaya berada di landasan yang betul
- 10 tip seminit
- 10 tip rahsia bakar kalori
Minggu 4. Anda berjaya lakukan! - aku jer yang blum mula pon
- Syabas & tahniah

Mmmm.susah btul.baru baca page 1 dah rasa serabut dan tak mampu.blum follow schedulenyer lagi.aku cuba cari motivasi dulu k.korang tengokla next post mane tau hati terbuka ke.huhu.